Halaman

Senin, 07 Februari 2011

Dajjal Sudah Berada Ditengah-tengah Kita?


Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Rasulullah SAW datang kepada kami dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, Dabbah (binatang ANEH), Terbit matahari dari tempat tenggelamnya, Turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Keluarnya Ya’juj dan Ma’juj, Tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. H.R Muslim.
Kesepuluh tanda ini oleh sebagian besar/ Jumhur kaum muslimin dimaknai apa adanya TANPA TA’WIL, namun ada juga yang menta’wilkan sebagian pernyataan Nabi itu karena dianggap yang disampaikan Rasulullah itu mengandung makna majazy yang dapat di ta’wil.
Sebagaimana dalam Tafsir Al- Azhar Karya Buya Hamka, beliau menjelaskan adanya orang yang menafsirkan kata Ya’juj dan Ma’juj, dari kalimat Ajja- Ya-ujju artinya= berdenyut dan bergelombang seperti ARUS LISTRIK atauGELOMBANG ELECTRO MAGNETIC. Maknanya, nanti di akhir zaman seluruh dunia akan dilanda arus gelombang electro magnetic tanpa ampun menyerbu rumah- rumah manusia BAHKAN WALAUPUN TERDINDING BESI DAN BETON, tetap akan tembus juga, dengan sisi- sisi negative nya dalam bentuk SIARAN TELEVISI, HAND PHONE DAN INTERNET, serta peralatan electronic lainnya.
Demikian juga, Dukhon atau asap, bisa dimaknai dengan penguasaan Nuklir/ perang nuklir (karena bentuk ledakan bom atom atau nuklir adalah asap tebal bak cendawan raksasa yang membubung tinggi ke angkasa) yang akan menyebabkan semua orang kafir mati dan sebagian kaum Muslimin menderita sakit seperti selesma (terkena radiasi?).
Saat itu perangpun berlanjut, tidak lagi memakai senjata api atau meriam ataupun juga pesawat udara. Perang akan kembali menggunakan peralatan sederhana seperti ramalan Nabi. Yakni dengan pedang dan tombak. Subhanalloh!!!. Ini sebagaimana pernyataan Albert Einstein:
” Aku tidak tahu senjata apa yang akan dipergunakan saat Perang Dunia Ke III, tapi aku tahu persis saat Perang Dunia Ke IV senjata yang akan dipakai berperang adalah tongkat dan batu”. (Karena saat perang Dunia ke III semua senjata telah musnah akibat perang Thermo Nuklir. Laser dan senjata canggih lainnya.).
Tentang Dajjal, ada yang memaknai sebagai semua pembohong besar, karena Nabi sendiri pernah menyatakan: “Akan datang setelahku 30 DAJJAL (Pendusta) yang akan mengaku sebagai NABI, padahal tidak akan nada Nabi lagi setelahku” Au Kama Qoola.
Ini mungkin juga bahwa Dajjal- Dajjal kecil sudah pernah muncul sebagaimana Musailamah Al- Kaddzab, Mirza Ghulam Ahmad atau Elia Eden, dan masih akan muncul nabi- nabi palsu dan Dajjal- Dajjal modern berikutnya sesuai ramalan Nabi Muhammad SAW.
Berdasarkan pendapat Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari Syarah Al- Bukhory beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadist- hadist Rasulullah Saw. bahwa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah beliau turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merusakkan sistem alam cakrawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa kiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.
Saat itu matahari yang biasa terbit dari Timur akan terbit dari Barat karena tumbukan dahsyat dengan meteor atau bintang- bintang yang berjatuhan sehingga akan sangat mengacaukan segala IKLIM dan MUSIM, maka saat itu manusia tak lagi sanggup lagi hidup dan ber-adaptasi didunia yang telah hancur dan berubah drastic iklimnya dengan cuaca yang super- super extreem.. Maka saat itu segala taubat dan permohonan ampun sudah tidak diterima lagi oleh Allah SWT.
Termasuk diantara ta’wil DAJJAL adalah semua Negara Super Power atau segala Aliran Syubuhat Alal Islam yang pandai sekali MEMUTAR BALIKKAN FAKTA alias berbohong. Mereka memiliki Roti dan Api (Stick & Carrot). Barang siapa mengikuti dia dia akan diberikan Roti dan bantuan milyaran dollar, tapi bagi yang menentangnya akan diberikan Api yang memusnahkan para pembangkang itu. Didahinya jelas nampak kekafirannya, bahkan orang bodohpun tahu., tapi banyak orang yang tertutup matahatinya tak mampu melihat tulisan yang teramat jelas itu. Wallohu A’lam…. Allah yang Maha Tahu tentang HAKIKAT segala macam pertanda Kiyamat tersebut.
PENJELASAN:
Sepuluh tanda-tanda Kiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadist ini adalah tanda-tanda utama Kiamat QUBRO, yaitu Qiamat besar, yang akan terjadi di saat hampir tibanya hari BERAKHIRNYA DUNIA INI.
Sepuluh tanda itu ialah:
1.       Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2.      Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan merenggut keimanan, sehingga banyak orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3.      Dabbah-Binatang besar yang keluar dekat Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap-cakap bahwa manusia sudah tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4.      Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya (setelah terjadi benturan antar planet?). Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5.      Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian (akan meluruskan Aqidah dan dogma mereka) dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6.      Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerusakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berhasil menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7.      Gempa bumi di Timur.. seperti daratan Asia Tengah, Asia Timur, Indonesia, dll.
8.      Gempa bumi di Barat. Bisa jadi ini akan terjadi di daerah Mexico, Argentina, Brazilia dan negara-negara Amerika Latin lainnya.
9.      Gempa bumi di Semenanjung Arab.. Kemungkinan kasus longsor di Mesir sebagai pembukanya.
10.  Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman. (Apa ini bahaya Nuklir juga?)

Fatwa larangan sambut Hari Kekasih (Valentine’s Day)

Fatwa larangan sambut Hari Kekasih (Valentine’s Day)
i Rate This
Tulisan Ustaz Aizam Masod
Terkejut juga penulis apabila mendapati masih ada pihak yang mempromosikan Hari Kekasih @ Valentine’s Day. Bukankah telah ada fatwa yang mengharamkan sambutan hari Valentine ini? Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Bukti-bukti Hari Valentine masih merupakan upacara ritual keagamaan umat Kristian iaitu :
i. Di dalam laman web Spiritrestoration.org: The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah topik Definition of religious Holy Days (Pengertian Hari-hari Suci keagamaan), di bawah indeks Saint Valentine’s Day menyebut bahawa: “Christian celebration of the love of God presented in Jesus and in the lives of Christian believers. St Valentine was a 3rd century martyr. This day is widely observed in the USA as a secular celebration of love.” Bermaksud : Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian, St. Valentine merupakan syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di USA sebagai perayaan cinta di zaman sekular.
ii. Termaktub di dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa jua versi berkenaan dengan St. Valentine, kesemua mereka adalah dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut : At least three different Saint Valentines, all of them martyrs, are mentioned in the early martyrologies under date of 14 February. Bermaksud : Sekurang-kurangnya terdapat tiga orang St. Valentine yang berbeza, kesemua mereka merupakan syahid, ianya disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.
iii. Britain Broadcasting Company (BBC) News Online Network melaporkan pada hari Ahad, 14 Februari 1999 bahawa terdapat dakwaan daripada biarawan di Gereja St. John Duns Scotus di Glasgow, Scotland bahawa wujudnya tulang Valentine yang syahid, ianya merupakan servis istimewa hari Valentine pada hujung minggu serta diletakkan di ruang pameran sebagai pameran umum dengan termaktub di atas kerandanya tulisan ‘Corpus St. Valentine Martyris’. Dikatakan bahawa mayatnya telah diletakkan di ruang sayap Gereja St. Francis semenjak berabad lamanya, dan enam tahun lepas mereka baru sahaja meletakkannya di dalam keranda kayu di dalam kotak kadbod di atas almari berhampiran rumah gereja.
iv. Nama St. Valentine juga sering digunakan oleh gereja-gereja Roman Katolik bersempena mengingati jasa-jasa tokoh agama tersebut, seumpama:-
a. St. Valentine Church di Philadelphia, Pennsylvania
b. St. Valentine’s Catholic Church di Peru, Illinois
c. St. Valentine Church di Bethel Park, Pennsylvania
d. St. Valentine Church di Thonstetten, Moosburg, Munich
e. St. Valentine Church di Buffalo, New York
Adalah jelas bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau Valentine’s Day dalam Islam. Hakikatnya, adalah tidak boleh orang-orang Islam menyertainya kerana hari tersebut adalah hari perayaan bagi umat Kristian berdasarkan asal-usul kemunculannya yang dipenuhi dengan unsur-unsur ritual keagamaan.
Apabila perayaan itu berunsurkan keagamaan, bergabung dengan mereka bermakna mengakui agama mereka dan meredhai kekufuran yang ada pada mereka. Maka para ulama berpendapat, bahawa umat Islam tidak boleh bergabung dalam dalam perayaan orang-orang kafir.
Senario menyambut Hari Kekasih yang berlaku di kalangan muda-mudi Islam juga merupakan antara faktor yang menyumbang kepada pergaulan bebas. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu apa yang lebih membimbangkan bukanlah setakat berutus-utus kad ucapan dan hadiah, atau meraikannya di kelab-kelab disko, tetapi dibimbangi muda-mudi ini sampai ke tahap menghadiahkan kehormatan diri demi membuktikan kecintaan dan kesetiaan.